Pada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung serta membuka ruang perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan EKSA yang telah berjaya diaplikasikan di UTM CDex.
Program lawatan merangkumi sesi taklimat ringkas, sesi soal jawab dan tinjauan menyeluruh ke ruang kerja UTM CDex yang menekankan elemen EKSA, kreativiti serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra pelanggan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) atas kesudian mengadakan lawatan ini. Semoga sesi perkongsian ini menjadi pencetus inspirasi ke arah penambahbaikan berterusan bagi kedua-dua pihak dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, kreatif dan produktif.
Related Articles
Cenderahati Aidilfitri
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah mengambil peluang menyampaikan cederahati kepada setiap ahli. Cenderahati yang berupa sebotol minyak masak dan sebotol perisa minuman ini...
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...






