LAWATAN PENANDAARAS EKSA UTM CDex

Artikel oleh Nizam Ahmad

Urusetia EKSA zon oren

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 17 November 2022 (Khamis), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan telah menganjurkan Lawatan Penandaaras EKSA, selaras dengan inisiatif Aktiviti Kesedaran Amalan EKSA yang telah dirancang bagi tahun 2022.

Lawatan Penanda Aras EKSA dilaksanakan di Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (JTNCAA) dan juga turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa EKSA dari Sekolah Pengajian Siswazah (SPS).

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan EKSA di Pejabat TNC(A&A) dalam usaha menambahbaik perlaksanaan dan amalan EKSA di UTM CDex. Seramai 5 orang warga kerja UTMCDex yang merangkap sebagai Ahli Jawatankuasa dan wakil setiap zon telah dipilih untuk menyertai lawatan kerja ini. 

Jawatankuasa EKSA Zon Oren, UTM CDex mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama dan sambutan mesra yang diberikan oleh Pejabat TNC (A&A) yang telah berkongsi ilmu pelaksanaan EKSA secara berkesan.

Related Articles

Related
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025

Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...

read more
Lawatan Penanda Aras EKSA

Lawatan Penanda Aras EKSA

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...

read more
UTM Open Day