Pada 18 Julai 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan secara langsung serta berkongsi amalan terbaik berkaitan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah berjaya diterapkan di UTM CDex.
Sesi lawatan turut melibatkan taklimat ringkas, sesi soal jawab dan tinjauan sekitar ruang kerja UTM CDex yang menekankan elemen EKSA, kreativiti, serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra pelanggan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak PPPK atas kesudian melawat. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi ke arah penambahbaikan berterusan di kedua-dua pusat dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, kreatif dan produktif.




Related Articles
CENDERAHATI ISTIMEWA DARIPADA JAWATANKUASA EKSA UTM CDex
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 18 Mac 2025, satu kejutan istimewa telah menanti seluruh warga kerja UTM CDex apabila setiap staf menerima tuala tangan...
MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA UTM CDex BIL. 1/2025
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterLangkah Proaktif Memperkukuh Budaya Kerja Kondusif Mesyuarat pertama bagi tahun 2025, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor...
GOTONG-ROYONG EKSA ZON ORENBIL.1/2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexPada 22 Februari 2024 (Jumaat), satu program gotong-royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di Zon Oren, UTM CDex. Program ini...