Pada 18 Julai 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan secara langsung serta berkongsi amalan terbaik berkaitan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah berjaya diterapkan di UTM CDex.
Sesi lawatan turut melibatkan taklimat ringkas, sesi soal jawab dan tinjauan sekitar ruang kerja UTM CDex yang menekankan elemen EKSA, kreativiti, serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra pelanggan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak PPPK atas kesudian melawat. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi ke arah penambahbaikan berterusan di kedua-dua pusat dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, kreatif dan produktif.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...




