Majlis Amanat Bendahari 2025 (MAB 2025) yang telah berlangsung pada 28 Februari 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Senat Ainuddin Wahid, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Amalan Kewangan Terbaik bagi Kategori Panjar Wang Runcit dan Penerimaan, bersempena dengan Program Pemeriksaan Mengejut bagi Tahun 2024.
Penganugerahan ini mencerminkan tahap pematuhan yang tinggi terhadap peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa, selain keberkesanan pelaksanaan kawalan dalaman serta kecekapan dalam pengurusan rekod dan transaksi kewangan.
Pengiktirafan ini diharap dapat memperkukuh lagi komitmen UTM CDex dalam mengekalkan amalan tadbir urus kewangan yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti, serta menyokong usaha berterusan universiti ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan secara menyeluruh.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...




