Majlis Apresiasi Staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), JTNCAA merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat JTNCAA. Majlis ini telah diadakan pada 11 Ogos yang lalu bertempat di Hotel Ramada Medini, Johor Bahru.
Antara objektif majlis ini adalah:
- Menghargai sumbangan staf dalam pembangunan dan kecemerlangan JTNCAA
- Mengiktiraf kecemerlangan staf dalam mendokong matlamat jabatan dan Universiti
- Menggalakkan cetusan idea serta usaha-usaha kreativiti dan inovasi dalam kalangan staf
- Meningkatkan motivasi staf untuk sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam segenap aspek pekerjaan
- Memberi suntikan semangat untuk staf sentiasa memperbaiki dan memajukan diri demi kecemerlangan jabatan dan Universiti
Majlis bertemakan denim ini bermula pada pukul 2 petang dengan kehadiran dan ucaptama yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Sr. Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali selaku Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UTM.
Terdapat 12 anugerah yang telah dipertandingkan iaitu:
Terdapat 12 anugerah yang telah dipertandingkan iaitu:
- Anugerah Kecemerlangan Staf
- Anugerah Kehadiran Terbaik
- Anugerah Khidmat Masyarakat
- Anugerah Staf Pelaksana Cemerlang
- Anugerah Pentadbir PPP Terbaik
- Anugerah Pentadbir Akademik Terbaik
- Anugerah Staf Paling Popular
- Anugerah EKSA JTNCAA
- Anugerah Inovasi
- Anugerah PTJ Terbaik
- Anugerah Sukan
- Anugerah Baju Tema Terbaik
Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerima tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi. Inovasi ruang pembelajaran hibrid dengan integrasi Internet of Things (IoT) yang dikenali sebagai UTM Flexible Learning Space (UTM FLEXIS) telah dipertandingkan dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A Shukor.
Majlis berakhir pada pukul 5 petang dengan nyanyian lagi Keunggulan Terbilang oleh semua staf yang hadir dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Related Articles
Holo Raya
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...
Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
AJK Latihan EKSA Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 6 April 2023, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Hijau, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) TNC (A&A) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke...
PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA
Bendahari KAPELLAPengerusi KAPELLASetiausaha KAPELLAWebmaster UTM CDex5 April 2023 (Rabu)-Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menyumbangkan hamper berupa kordial minuman dan sampul hari raya kepada 29 orang staf UTM CDex bagi meraikan kedatangan...













