MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Setiausaha
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim
Pengerusi
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri
Webmaster UTM CDex
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin pada 6 Februari 2026 (Jumaat), jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.
Majlis bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid dan disertai oleh warga kerja UTM CDex dalam suasana yang penuh khusyuk dan harmoni.
Penganjuran majlis ini merupakan salah satu inisiatif Kelab KAPELLA dalam menyemarakkan penghayatan nilai-nilai kerohanian serta memupuk budaya mengimarahkan majlis ilmu dan ibadah dalam kalangan warga UTM CDex. Majlis ini turut diadakan sebagai salah satu usaha untuk mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Selain menjadi ruang untuk bersama-sama membaca Surah Yasin dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja.
Semoga penganjuran majlis seumpama ini mendapat keberkatan dan menjadi amalan berterusan dalam membentuk warga kerja UTM CDex yang harmoni, bersatu hati serta sentiasa menghayati nilai-nilai kerohanian dalam kehidupan seharian.
Related Articles
Terima Kasih Encik Arshad Musa
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa,...
Terima Kasih Prof Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, dan Cik Hazwani Mohd Zahar
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 29 September 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM Cdex bagi menghargai jasa dan sumbangan dua staf yang amat...
Jamuan Makan Malam KAPPELA di Teluk Gorek, Mersing: Suasana Meriah dan Aktiviti Menarik
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 18 September 2024, bersempena Kursus pengukuhan Pasukan UTM CDex, majlis makan malam yang dianjurkan oleh KAPPELA telah berlangsung dengan meriah...





