Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021

Artikel oleh Cik Priscilla A/P Prapagara

Puan Balqis binti Hashim

Puan Nurliza binti Abd. Rahman

Cik Azirah binti Ahsan

Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA)

Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)

Gambar oleh Isyq Irfan

Jurugambar Rasmi

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster
19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead di DoubleTree by Hilton Hotel, Johor Bahru dengan bertemakan warna hitam merah.  Majlis telah berlangsung dari jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang.

 

Majlis ini diadakan sempena transformasi Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) kepada UTM CDex yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 sehingga tahun 2021.  Pihak KAPELLA telah menjemput mantan Pengarah dan alumni staf UTMLead yang telah berkhidmat sepanjang penubuhan UTMLead semasa majlis tersebut.

Penyampaian hadiah kepada pemenang dan sijil penghargaan bagi penyertaan mencipta logo KAPELLA yang baharu telah disampaikan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah yang telah dimenangi oleh Encik Mohd Arshad bin Musa.  Sementara itu,  Encik Zul Azri bin A. Rahman, Encik Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani bin Rajab dan Puan Nurliyana binti Mohamad Nor telah menerima sijil penghargaan atas penyertaan pertandingan tersebut.

Selain itu, pemberian cenderahati turut disampaikan kepada staf-staf yang telah berpindah ke jabatan lain di UTM.

Aktiviti cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan majlis.  Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah, mantan Pengarah UTMLead Prof. Dr. Mohd Salleh bin Abu dan Prof. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir.

 

Alhamdulillah majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead telah berjalan dengan lancar.  Pihak KAPELLA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong majlis tersebut.

Related Articles

Related
Ceramah Budaya Integriti Budaya Murni

Ceramah Budaya Integriti Budaya Murni

SekretariatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada ceramah kali ini Puan Raihan telah menekankan tentang Akta 605 iaitu Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan telah diselaraskan dengan memfokus kepada Prosedur Penggunaan Peralatan Universiti....

read more
Taklimat Mata CPD Baharu UTM Untuk Staf UTM CDex

Taklimat Mata CPD Baharu UTM Untuk Staf UTM CDex

UrusetiaPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah melaksanakan kaedah Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi bagi permohonan kursus/latihan kepada staf Akademik dan...

read more
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTM CDex 2023

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTM CDex 2023

Ketua Program / Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexUTM CDex dibawah inisiatif High Impact Result (HIR) staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) telah mengadakan Program Saringan Kesihatan untuk semua Staf UTM CDex dengan kerjasama Pusat...

read more