Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli keluarga mula hadir berkumpul dari jam 6.00 petang sehingga majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam.

Kelab KAPELLA berbesar hati menaja seramai 19 orang staf dan dan 21 ahli keluarga yang hadir memeriahkan Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex. Ia merupakan sebahagian aktiviti sebagai landasan untuk saling kenal-mengenal dan mengeratkan silaturrahim di kalangan staf dan ahli keluarga UTM CDex.

Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai menu masakan Melayu seperti Nasi Beryani, Ikan Bakar, Nasi Lemak, Laksa Johor, Soto, Murtabak, ulam-ulaman, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih-muih.

Prof Madya Ir. Dr. Hayati bin Abdullah, Pengarah UTM CDex turut beramah mesra bersama semua staf dan ahli keluarga yang turut hadir bagi Majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan telatah pengacara yang menghiburkan dan mesra terutamanya, ketika sesi bergambar sebagai penutup aktiviti Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex 2023.

Related Articles
Majlis Makan Malam Program UTM Global Connect 2024
SekretariatPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDex2 Oktober 2024 , Majlis Makan Malam Program Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Global Connect 2024 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Objektif utama majlis...
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...
KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di...