Pada 26 Disember 2023 (Selasa), YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah dijemput bagi merasmikan Majlis Penutup Minggu Lestari JTNCAA.
YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Minggu Lestari JTNCAA pada 26 Disember 2023 (Selasa). Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut adalah staf-staf di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Program Minggu Lestari JTNCAA yang bertemakan “Love Nature, Stay Close to Nature” telah bermula pada 17 Disember 2023 sehingga 20 Disember 2023 serta 26 Disember 2023 ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pelestarian JTNCAA.

Majlis dimulakan dengan sesi Senamrobik yang diketuai oleh Encik Amirul Ariff bin Zainal dari jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Pertandingan Slogan Lestari yang dianjurkan telah dimenangi oleh Puan Nuril Aini binti Ahmad Tohid dari UTM Curriculum and Quality Academic (UTM CAQ) dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100.00.

Kemuncak majlis adalah sesi penyampaian hadiah bagi Pertandingan Keceriaan Pejabat di mana Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menjadi Johan dan membawa pulang hadiah mock cek serta hamper bernilai RM200. Tempat kedua pula dimenangi oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan menerima hadiah hamper bernilai RM150, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan membawa pulang hadiah hamper bernilai RM100.


Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian cenderamata kepada YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim oleh Puan Hanifah binti Ahmad bagi memberikan penghargaan kepada beliau atas sokongan dalam menjayakan Minggu Lestari JTNCAA. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua staf yang telah hadir sebelum bersurai.
Related Articles
Taklimat Mata CPD Baharu UTM Untuk Staf UTM CDex
UrusetiaPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah melaksanakan kaedah Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi bagi permohonan kursus/latihan kepada staf Akademik dan...
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTM CDex 2023
Ketua Program / Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexUTM CDex dibawah inisiatif High Impact Result (HIR) staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) telah mengadakan Program Saringan Kesihatan untuk semua Staf UTM CDex dengan kerjasama Pusat...
MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex....