Pada 26 Disember 2023 (Selasa), YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah dijemput bagi merasmikan Majlis Penutup Minggu Lestari JTNCAA.
YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Minggu Lestari JTNCAA pada 26 Disember 2023 (Selasa). Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut adalah staf-staf di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
Program Minggu Lestari JTNCAA yang bertemakan “Love Nature, Stay Close to Nature” telah bermula pada 17 Disember 2023 sehingga 20 Disember 2023 serta 26 Disember 2023 ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pelestarian JTNCAA.
Majlis dimulakan dengan sesi Senamrobik yang diketuai oleh Encik Amirul Ariff bin Zainal dari jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Pertandingan Slogan Lestari yang dianjurkan telah dimenangi oleh Puan Nuril Aini binti Ahmad Tohid dari UTM Curriculum and Quality Academic (UTM CAQ) dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100.00.
Kemuncak majlis adalah sesi penyampaian hadiah bagi Pertandingan Keceriaan Pejabat di mana Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menjadi Johan dan membawa pulang hadiah mock cek serta hamper bernilai RM200. Tempat kedua pula dimenangi oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan menerima hadiah hamper bernilai RM150, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan membawa pulang hadiah hamper bernilai RM100.
Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian cenderamata kepada YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim oleh Puan Hanifah binti Ahmad bagi memberikan penghargaan kepada beliau atas sokongan dalam menjayakan Minggu Lestari JTNCAA. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua staf yang telah hadir sebelum bersurai.
Related Articles
Kursus Penulisan Surat dan E-mel Rasmi: Memperkasa Kemahiran Komunikasi Profesional
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmasterPada 30 Jun 2025, UTM CDex telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat dan E-mel Rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Kursus ini telah disertai sepenuhnya oleh semua staf UTM CDex dan dikendalikan oleh...
Kursus Pengurusan Cuti dan Kehadiran
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Cuti dan Kehadiran. Kursus tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dan penceramahnya ialah Puan Saidatul...
Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM
UTM CDexPenolong PendaftarWebmasterUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) kini dalam usaha untuk membangunkan Teaching Factory UTM. Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM pada 17 April 2025 merupakan salah satu Langkah awal bagi memberi pendedahan dalam...







