Selepas itu sesi penyerahan hadiah oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail mewakili warga UTM CDex dan diikuti oleh Pengerusi Kelab KAPELLA, Priscilla Prapagara. Turut dijalankan adalah aktivit penyerahan hadiah individu oleh beberapa staf CDex kepada Pengarah. Majlis di teruskan dengan jamuan makan.
Pada jam 5.00 petang, majlis diakhiri dengan sesi Clock-Out oleh Pengarah CDex bertempat di ruang lobi pejabat CDex. Warga CDex turut berkumpul dengan Pengarah untuk kali terakhir bagi acara sesi clock-out dan sesi bergambar.
Pada 20 Ogos 2023, Kelab KAPELLA telah menganjurkan satu majlis Penyerahan Tugas dan Sesi Clock-Out Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah yang telah tamat tempoh sebagai Pengarah Pusat Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) 2023. Majlis ini telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan pertunjukan montaj. Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah dijemput untuk memberi ucapan beliau sebagai Pengarah CDEx sempena penamatan tempohnya di UTM CDex. Acara sesi serah tugas telah dijalankan oleh Pengarah kepada Prof. Madya Dr. Nurbiha A. Shukor selaku yang akan menjalankan tugas Pengarah UTM CDex bermula 21 Ogos 2023.
Related Articles
Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBengkel JBL ini telah dijalankan dalam beberapa siri dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan AMD, SRAdS, UTM iLeaGue, QRiM dan UTM CC. Bengkel siri ke-2 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Hotel Pulai Spring johor...
Audit Ruang Kerja Terbaik ZON OREN (Mei-Ogos 2023)
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Pengerusi EKSA Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Unit Promosi EKSA Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex) & Webmaster UTM...
Ceramah Budaya Integriti Budaya Murni
SekretariatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada ceramah kali ini Puan Raihan telah menekankan tentang Akta 605 iaitu Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan telah diselaraskan dengan memfokus kepada Prosedur Penggunaan Peralatan Universiti....