MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023

Artikel oleh Priscilla Prapagara

Urusetia

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Pada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex. Semua staf UTM CDex telah menghadiri majlis ini.

Dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara staf pengurusan dan staf sokongan. Majlis bermula jam 12.30 tengahari dan telah di acarakan oleh En. Muhammad Isyq Irfan dan diikuti dengan bacaan doa oleh En Mohd Reduan. Pengarah UTM CDex selaku penaung Kelab KAPELLA telah dijemput untuk memberi ucapan sebelum majlis bermula.

Beberapa staf di kalangan pengurusan dan sokongan telah menaja makanan seperti satay ayam, ketupat palas, aiskrim, buah-buahan dan kuih-muih. Sambil berjuadah, majlis dimeriahkan lagi dengan permainan seperti meneka lagu dan menyusun ayat dan staf yang berjaya meneka telah menerima duit raya setiap seorang tajaan daripada Kelab KAPELLA. Permainan ini telah diuruskan oleh En. Mohd Arshad.

Pada jam 1.00 tengahari bengkel ditangguhkan dan akan disambung semula dalam masa yang terdekat. Peserta bengkel perlu membuat beberapa persediaan dari bengkel pertama ini dan dikongsikan dahulu melalui Group Whatsapp Telehealth/Neuroscience sebelum bengkel kedua yang akan diadakan jangkaan pada bulan Julai.

Related Articles

Related
Office Warming UTM CDex

Office Warming UTM CDex

Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...

read more
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more