MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA UTM CDex BIL. 1/2025

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid
Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Langkah Proaktif Memperkukuh Budaya Kerja Kondusif
Mesyuarat pertama bagi tahun 2025, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UTM CDex Bil. 1/2025, telah berjaya dilangsungkan pada 14 Mac 2025. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk merangka perancangan strategik dan menyelaras pelaksanaan aktiviti EKSA sepanjang tahun ini.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:
- Penambahbaikan susun atur ruang kerja staf, agar lebih tersusun dan mematuhi elemen EKSA
- Pelaksanaan aktiviti gotong-royong berkala sebagai amalan berterusan
- Cadangan insentif dan pengiktirafan staf yang konsisten dalam pelaksanaan EKSA
- Peningkatan kesedaran pelestarian dan keselamatan tempat kerja melalui elemen OSHE dan amalan hijau
Mesyuarat ini turut menumpukan kepada pengukuhan aktiviti EKSA Zon Oren, yang dijangka memberi impak positif bukan sahaja kepada persekitaran kerja, malah terhadap penjenamaan dan imej profesional UTM CDex secara keseluruhan.


Kehadiran dan penglibatan aktif semua ahli jawatankuasa telah menyemarakkan perbincangan, dengan pelbagai idea bernas dan cadangan inovatif diketengahkan. Ini menunjukkan komitmen tinggi warga CDex dalam menjadikan EKSA bukan sekadar amalan, tetapi satu budaya kerja yang sebati dengan rutin harian.
Pihak Jawatankuasa EKSA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam mesyuarat ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh lagi pelaksanaan EKSA di UTM CDex dan membawa kepada persekitaran kerja yang lebih bersih, sistematik dan berprestasi tinggi.
“Bersama kita jayakan EKSA — demi tempat kerja yang lebih tersusun, selamat dan menyenangkan.”
Related Articles
Siri Gotong Royong UTM Berseri (Lata Jernih Indah Berseri)
Pembantu Tadbir, UTM CDexPenolong Pendaftar, UTM CDexWebmaster UTM CDex Program gotong-royong UTM Berseri (Lata Jernih Indah Berseri) yang diadakan pada 18 Januari 2024 (Khamis), merupakan suatu acara yang penting dalam usaha menjaga kebersihan dan keindahan kawasan...
Majlis Penutup Minggu Lestari JTNCAA
Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster UTM CDexPada 26 Disember 2023 (Selasa), YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah dijemput bagi merasmikan Majlis Penutup Minggu...
Office Warming UTM CDex
Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...