Pada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga staf UTM CDex, sambil memberi peluang kepada ahli keluarga untuk merasi pengalaman dan memperkenalkan ruang pejabat yang baru sahaja selesai diubah suai.
Program dimulakan dengan senaman Taiso dan disusuli dengan ucapan daripada Pengarah UTM CDex dan penyampaian cenderamata kepada ahli keluarga dan anugerah kepada staf UTM CDex.
Slot 1: Sesi Fotografi
Sesi ini diketuai oleh juru gambar UTM CDex iaitu Encik Muhammad Isyq Irfan Fani Rajab. Detik-detik berharga bersama keluarga dirakam di Studio Rakaman UTM CDex sebagai kenang-kenangan. Slot ini juga bertujuan mempereratkan hubungan sosial dalam kalangan ahli keluarga UTM CDex.
Slot 2: Sesi Rakaman Video
Ahli UTM CDex berpeluang untuk merakam video ringkas yang menceritakan pengalaman mereka di UTM CDex, serta tujuan dan harapan mereka untuk masa depan. Sesi rakaman video ini memberi peluang untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan ahli keluarga. Sesi ini dijalankan di Studio Rakaman Video UTM CDex yang diketuai oleh En. Halizan Hashim dan En. Jeffri Abdul Rahman @ Idris.
Slot 3: Sesi Mengenali Dunia Maya
Aktiviti diteruskan dengan Sesi Mengenali Dunia Maya, di mana ahli UTM CDex dapat memperoleh dengan lebih lanjut mengenai dunia maya dan teknologi terkini. Ahli keluarga diberi peluang untuk mengalami sendiri suasana dalam dunia maya dengan menggunakan peralatan VR Headset yang dimiliki oleh UTM CDex. Cik Haslinda Daud dan Cik Ainin Syakirah Mohd Yazid menjadi staf yang bertanggungjawab untuk sesi ini.
Slot 4: Kenali Pejabat Lestari
Progam Office Warming UTM CDex juga menyediakan Slot 4 yang bertajuk “Kenali Pejabat Lestari”. Ahli keluarga UTM CDex diperkenalkan dengan lebih dekat tentang inisiatif kelestarian yang dipraktik oleh staf UTM CDex. Di samping itu anak-anak staf diberi peluang untuk menghasilkan penanda buku menggunakan kertas yang dikitar semula. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Jaslina Ja’apar dan Puan Balqis Hashim mewakili Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex.
Slot 5: Kuiz Kahoot
Penutup acara adalah Slot 5, yang menyediakan hiburan dan cabaran intelektual melalui Kuiz Kahoot. Ahli UTM CDex diuji dengan soalan berkaitan dengan slot-slot aktiviti yang telah disertai sebelumnya. Ini memberikan kesempatan untuk mencipta atmosfer santai dan seronok. Kuiz ini diadakan di Makmal Komputer UTM CDex oleh En. Mohamed Fairuz Dahalan En. Radzuan.
Dengan adanya aktiviti yang bervariasi seperti ini, Office Warming UTM CDex tidak hanya menjadi program rasmi, tetapi juga satu platform untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli keluarga UTM CDex. Semangat kebersamaan dan kolaborasi yang terbentuk semasa acara ini akan terus berkembang dalam tempoh masa yang akan datang.
Related Articles
Mutiara Kata – April 2022
UTM CDexWebmasterPada bulan April telah diadakan Sesi Perkongsian Mutiara Kata oleh staf UTM CDex. Tujuan diadakan sesi ini adalah bagi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada staf sebelum memulakan tugas harian. Sehubungan dengan itu, pada 11 April 2022...
JAMUAN HARI RAYA DAN BBQ KAPELLA UTM CDex 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterBagi meraikan kedatangan bulan Syawal, UTM CDex telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan BBQ UTM CDex 2022 pada 2 Jun 2022 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1443H. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran UTM CDex bermula pada jam 12.00...
GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.1/2022
(Ketua Zon)(Setiausaha) Jurugambar Rasmi Webmaster & AJK Promosi (EKSA)Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)Pada 22 Mac 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan...







