PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

Artikel oleh Puan Nuril Aini Ahmad Tohid

Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan tinggi Malaysia.

Majlis AKRI 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan bagi AKRI 2022 iaitu Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Pentaksiran Alternatif dan Pengalaman Pembelajaran Imersif.

Prof. Madya Dr. Noor Dayana  Abd. Halim dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) bersama pasukan beliau telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif menerusi inisiatif Program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) secara Terbuka dan Jarak Jauh (ODL). Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 10,000.00, sebuah piala dan sijil penghargaan.

 

Kemenangan ini turut membuktikan kurikulum program pengajian serta kualiti pengajaran dan pembelajaran di UTM adalah antara yang terbaik dan diiktiraf diperingkat kebangsaan.

Related Articles

Related
PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025

PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025

Pembantu Tadbir (P/O) Penolong Pendaftar Webmaster Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di...

read more
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex

Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex

JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada  13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...

read more
UTM Open Day