PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

Artikel oleh Puan Nuril Aini Ahmad Tohid
Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex
24 Mac 2022 (Khamis) – Pengerusi Penyelidikan Bersekutu (Bahan Keterhadapan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman dinobatkan Anugerah Ahli Akademik Harapan dalam Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-14 bertempat di Hotel Sama-Sama, Sepang KLIA.
Majlis AAN ke-14 disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bagi memberi pengiktirafan kepada semua penerima anugerah. Majlis ini dihadiri oleh pengururusan tertinggi KPT, pengurusan tertinggi Universiti Awam, Pengerusi Majlis Dekan, Agensi-agensi akademik dan lain-lain
Anugerah Akademik Negara (AAN) merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi yang dianjurkan semenjak 2006 bagi memberikan pengiktirafan tertinggi Kerajaan kepada ahli-ahli akademik negara yang telah memberikan sumbangan cemerlang dan berimpak tinggi dalam perkembangan Pendidikan serta pembangunan negara.
Ia bertujuan sebagai pendekatan Kementerian dalam usaha untuk meningkatkan budaya profesionalisme di kalangan ahli akademik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan merupakan platform terunggul bagi memartabatkan pakar akademik dalam negara.
AAN adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang pengajaran, penemuan ilmu, penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif dan pemindahan dan pengembagan ilmu.
Dalam majlis tersebut, sebanyak tujuh (7) kategori utama, iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan.
Di Majlis ini, penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan dimenangi oleh Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman yang memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM 25,000.00, trofi dan juga sijil. Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkalibar yang berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun yang dinilai. Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan diberikan kepada seorang ahli akademik yang mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Majlis berprestij AAN ini akan menjadi pemangkin dan pengiktirafan kepada para sarjana akademik atas pencapaian yang mereka peroleh demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Related Articles
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...
Lawatan Penanda Aras EKSA
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...


