PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

Artikel oleh Puan Nuril Aini Ahmad Tohid

Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

24 Mac 2022 (Khamis) – Pengerusi Penyelidikan Bersekutu (Bahan Keterhadapan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman dinobatkan Anugerah Ahli Akademik Harapan dalam Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-14 bertempat di Hotel Sama-Sama, Sepang KLIA.

Majlis AAN ke-14 disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bagi memberi pengiktirafan kepada semua penerima anugerah. Majlis ini dihadiri oleh pengururusan tertinggi KPT, pengurusan tertinggi Universiti Awam, Pengerusi Majlis Dekan, Agensi-agensi akademik dan lain-lain

Anugerah Akademik Negara (AAN) merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi yang dianjurkan semenjak 2006 bagi memberikan pengiktirafan tertinggi Kerajaan kepada ahli-ahli akademik negara yang telah memberikan sumbangan cemerlang dan berimpak tinggi dalam perkembangan Pendidikan serta pembangunan negara.

Ia bertujuan sebagai pendekatan Kementerian dalam usaha untuk meningkatkan budaya profesionalisme di kalangan ahli akademik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan merupakan platform terunggul bagi memartabatkan pakar akademik dalam negara.

    AAN  adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang pengajaran, penemuan ilmu, penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif dan pemindahan dan pengembagan ilmu.

    Dalam majlis tersebut, sebanyak tujuh (7) kategori utama, iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan.

    Di Majlis ini, penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan dimenangi oleh Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman yang memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM 25,000.00, trofi dan juga sijil. Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkalibar yang berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun yang dinilai. Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan diberikan kepada seorang ahli akademik yang mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

    Majlis berprestij AAN ini akan menjadi pemangkin dan pengiktirafan kepada para sarjana akademik atas pencapaian yang mereka peroleh demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

    Related Articles

    Related
    Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren

    Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren

    Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...

    read more
    Ikon EKSA 2023 Zon Oren

    Ikon EKSA 2023 Zon Oren

    Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel...

    read more
    Terima Kasih Puan Nuril Aini

    Terima Kasih Puan Nuril Aini

    JK EKSA (Zon Oren) Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dan Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex...

    read more