Pemenang Anugerah Penasihat Akademik 2021, Anugerah Pengajaran 2021 dan Anugerah Tokoh Akademik 2021, Majlis Citra Karisma 2022

Artikel oleh Puan Nuril Aini Ahmad Tohid
Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 20 Julai 2022 (Rabu), Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.
UTM CDex bertanggungjawab menguruskan sebanyak tiga (3) anugerah sempena Majlis Citra Karisma 2022 iaitu Anugerah Penasihat Akademik 2021, Anugerah Pengajaran 2021 dan Anugerah Tokoh Akademik 2021.
Anugerah Penasihat Akademik diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang. Anugerah ini akan disampaikan dalam Majlis Citra Karisma Universiti setiap tahun.


Anugerah Pengajaran (dahulunya dikenali Anugerah Pengajar Terbaik) bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajaran di UTM. Anugerah ini diberikan kepada tiga orang staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun. Terdapat tiga (3) kategori dibawah Anugerah Pengajaran iaitu Kategori Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Alam Bina dan Sains Sosial.


Anugerah Tokoh Akademik merupakan anugerah tertinggi universiti kepada pensyarah. Ia diwujudkan oleh UTM bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pensyarah yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan peningkatan pendidikan di universiti ini.


Anugerah ini dahulunya dikenali dengan nama Anugerah Tokoh Pendidik, tetapi mulai tahun 2010 ia diberi penjenamaan semula dengan nama Anugerah Tokoh Akademik. Penjenamaan semula ini adalah sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memperkenalkan Anugerah Tokoh Akademik Negara.


Pemenang bagi Anugerah Penasihat Akademik 2021 dimenangi oleh Dr. Mahani binti Stapa dari Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) dan Dr. Siti Zaleha binti Omain dari Azman Hashim International Business School (AHIBS). Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500.00, Sijil dan Trofi.
Pemenang bagi Anugerah Pengajaran 2021 dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Noor Azean binti Atan dari Sekolah Pendidikan, FSSH bagi kategori Sains Sosial. Beliau memenangi wang tunai berjumlah RM 3,000.00, Sijil dan Trofi.
Akhir sekali, Anugerah Tokoh Akademik 2021 telah dimenangi oleh Prof. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Fakulti Kejuruteraan. Beliau memenangi wang tunai berjumlah RM 5,000.00, Sijil dan Trofi
Related Articles
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...
KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di...
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...