Pemenang Anugerah Penasihat Akademik 2021, Anugerah Pengajaran 2021 dan Anugerah Tokoh Akademik 2021, Majlis Citra Karisma 2022

Artikel oleh Puan Nuril Aini Ahmad Tohid

Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 20 Julai 2022 (Rabu), Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.

UTM CDex bertanggungjawab menguruskan sebanyak tiga (3) anugerah sempena Majlis Citra Karisma 2022 iaitu Anugerah Penasihat Akademik 2021, Anugerah Pengajaran 2021 dan Anugerah Tokoh Akademik 2021.

Anugerah Penasihat Akademik diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang. Anugerah ini akan disampaikan dalam Majlis Citra Karisma Universiti setiap tahun.

    Anugerah Pengajaran (dahulunya dikenali Anugerah Pengajar Terbaik) bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajaran di UTM. Anugerah ini diberikan kepada tiga orang staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun. Terdapat tiga (3) kategori dibawah Anugerah Pengajaran iaitu Kategori Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Alam Bina dan Sains Sosial.

    Anugerah Tokoh Akademik merupakan anugerah tertinggi universiti kepada pensyarah.  Ia diwujudkan oleh UTM bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pensyarah yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan peningkatan pendidikan di universiti ini

    Anugerah ini dahulunya dikenali dengan nama Anugerah Tokoh Pendidik, tetapi mulai tahun 2010 ia diberi penjenamaan semula dengan nama Anugerah Tokoh Akademik. Penjenamaan semula ini adalah sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memperkenalkan  Anugerah Tokoh Akademik Negara.

    Pemenang bagi Anugerah Penasihat Akademik 2021 dimenangi oleh Dr. Mahani binti Stapa dari Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) dan Dr. Siti Zaleha binti Omain dari Azman Hashim International Business School (AHIBS). Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500.00, Sijil dan Trofi.

    Pemenang bagi Anugerah Pengajaran 2021 dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Noor Azean binti Atan dari Sekolah Pendidikan, FSSH bagi kategori Sains Sosial. Beliau memenangi wang tunai berjumlah RM 3,000.00, Sijil dan Trofi.

    Akhir sekali, Anugerah Tokoh Akademik 2021 telah dimenangi oleh Prof. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Fakulti Kejuruteraan. Beliau memenangi wang tunai berjumlah RM 5,000.00, Sijil dan Trofi

    Related Articles

    Related
    Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)

    Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)

    UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBengkel JBL ini telah dijalankan dalam beberapa siri dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan AMD, SRAdS, UTM iLeaGue, QRiM dan UTM CC. Bengkel siri ke-2 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Hotel Pulai Spring johor...

    read more
    Majlis Sesi Clock Out Persaraan Pengarah UTM CDex

    Majlis Sesi Clock Out Persaraan Pengarah UTM CDex

    UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexSelepas itu sesi penyerahan hadiah oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail mewakili warga UTM CDex dan diikuti oleh Pengerusi Kelab KAPELLA, Priscilla Prapagara. Turut dijalankan adalah aktivit penyerahan hadiah individu oleh...

    read more
    Audit Ruang Kerja Terbaik ZON OREN (Mei-Ogos 2023)

    Audit Ruang Kerja Terbaik ZON OREN (Mei-Ogos 2023)

    Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Pengerusi EKSA Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Unit Promosi EKSA Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex) & Webmaster UTM...

    read more