Penerima Anugerah Amalan Kewangan Terbaik Majlis Amanat Bendahari 2024 (MAB 2024)

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman
Setiausaha Pejabat

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Majlis Amanat Bendahari 2024 telah diadakan pada 29 Februari 2024 bertempat di Dewan Senat Ainuddin Wahid, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTMJB dan disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd Salleh@Ahmad selaku Bendahari UTM. Majlis juga disiarkan secara langsung di Facebook Live Jabatan Bendahari UTM.
Bersempena dengan majlis ini, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) dijemput hadir bagi menerima dua Anugerah Pengurusan Amalan Kewangan Terbaik bagi Tahun 2023.
Tahniah diucapkan kepada UTM CDex atas penerimaan Anugerah Amalan Kewangan Terbaik dalam Majlis Amanat Bendahari 2024 bagi dua kategori berikut:
- Amalan Kewangan Terbaik Kategori Pengurusan Penerimaan
- Amalan Kewangan Terbaik Kategori Pengurusan Perolehan (Pembelian Terus)
Anugerah tersebut adalah bukti pengiktirafan kepada kesungguhan dan kecekapan UTM CDex dalam memastikan amalan kewangan terbaik sentiasa dipraktikkan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh universiti.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...
