5 April 2023 (Rabu)-Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menyumbangkan hamper berupa kordial minuman dan sampul hari raya kepada 29 orang staf UTM CDex bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan 1444H.
Sumbangan kewangan turut disampaikan kepada staf yang mengalami musibah:
- Nurliza binti Abd Rahman – Bencana alam (banjir)
- Encik Radzuan bin Mohd Nor – Rawatan di Hospital
- Encik Halizan bin Hashim – Rawatan di Hospital
Sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha kecil pihak KAPELLA dalam menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warganya. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban staf.
Penyampaian sumbangan kewangan dan hamperl telah disempurnakan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah.
Related Articles
GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.1/2022
(Ketua Zon)(Setiausaha) Jurugambar Rasmi Webmaster & AJK Promosi (EKSA)Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)Pada 22 Mac 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan...
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...








