Penyerahan dokumen sokongan Permohonan AAN ke 14 Calon UTM ke KPT : 8 Julai 2021

Artikel oleh Priscilla Prapagara

Urusetia Anugerah AAN14

Diterbitkan oleh by Zul Azri

Urusetia, Webmaster

Pada 8 Julai 2021, UTMLead sebagai urusetia Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-14 telah menghantar dokumen sokongan bagi calon dari UTM ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya. Permohonan AAN Edisi ke 14 telah dibuka bermula dari 10 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021.

UTM telah menghantar pencalonan bagi 4 kategori iaitu Kategori Anugerah Pengajaran, Kategori Anugerah Inovasi Produk dan Pengkomersialan, Kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal dan Kategori Ahli Akademik Harapan. Dua orang staf UTMLead iaitu Cik Priscilla Prapagara dan En. Mohd Reduan selaku wakil Penyelaras AAN ke 14 bagi UTM telah ke Putrajaya pada 8 Julai 2021 dan telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada urusetia induk AAN di KPT pada jam 12.30 tengahari.

Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tidak menghalang pihak UTMLead untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawab sebagai urusetia AAN yang ke-14 bagi UTM.

Related Articles

Related

Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...

read more

Lawatan Penanda Aras EKSA

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...

read more
UTM Open Day