PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKSA,ZON UTMLEad (ZON OREN)

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Ketua AJK (Zon Oren) EKSA
& Cik Azirah binti Ahsan
Setiausaha EKSA (Zon Oren)

Diterbitkan oleh Raja Fareez
AJK Promosi, Urusetia, Webmaster
Pada 2 Jun 2021 Jawatankuasa Promosi dibawah Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo EKSA secara atas talian. Penyertaan pertandingan tersebut dibuka pada 2 Jun sehingga 14 Jun 2021.
Seramai 3 orang staf yang telah menyertai pertandingan iaitu En. Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat Shah, En. Zul Azri bin A. Rahman dan En. Muhammad Isyq Irfan bin Fani Rajab. Turut menyertai pertandingan tersebut seorang pelajar praktikal iaitu Cik Nur Izzati binti Mohd Nor.

Logo Pilihan #1
oleh En Zul Azri A Rahman (Penerbit Rancangan)

Logo Pilihan #2
oleh En Isyq Irfan Fani Rajab (Jurugambar)

Logo Pilihan #3
oleh En R. Muhammad Fariz (Pereka)

Logo Pilihan #4
oleh Cik Nur Izzati Mohd Nor (Pelajar Praktikal)
Hasil daripada undian tersebut En. Zul Azri bin A. Rahman telah mendapat peratus tertinggi dan terpilih menjadi pemenang. Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai RM100.00 dan Sijil Penghargaan. Setiap perserta juga akan menerima Sijil Penyertaan sebagai tanda penghargaan. Penyampaian hadiah dan sijil akan dilaksanakan semasa Program KAPELLA yang akan ditetapkan nanti. Jutaan terima kasih kepada semua warga UTMLead yang telah membuat pilihan dan menyokong initiatif Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, UTMLead.
KEPUTUSAN UNDIAN MEREKA CIPTA
LOGO EKSA UTMLead

Related Articles
Related
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...
KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di...
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...