PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex


Tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci Terbaik Tahun 2024.

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Pertandingan Laci Terbaik 2024 pada bulan November 2024. Pertandingan ini bertujuan untuk menyokong dan memupuk amalan EKSA, di samping meningkatkan penambahbaikan proses kerja hakiki staf, terutamanya dalam aspek penyusunan peralatan kerja yang lebih sistematik. Penyusunan ini diharapkan dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas atau memberikan perkhidmatan.

Inisiatif ini juga bertindak sebagai satu bentuk penilaian baharu, di samping audit ruang kerja staf yang dijalankan setiap dua bulan sekali. Penilaian bagi pertandingan ini telah dilakukan oleh empat orang juri yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa EKSA. Para juri sentiasa memberikan idea, pandangan, dan cadangan penambahbaikan untuk terus memperkasakan amalan EKSA di setiap sudut atau ruang di Zon Oren UTM CDex.

Kriteria Penilaian dan Pemarkahan:

1.Laci yang kreatif, inovatif, dan berfungsi dengan baik.

2.Laci yang menyokong kerja hakiki staf, contohnya:

  • Penyusunan peralatan kerja secara sistematik.
  • Penyusunan yang mampu mengurangkan masa melaksanakan tugas atau perkhidmatan.
  1. Pelabelan alat tulis pada laci simpanan alat tulis.
  2. Semua peralatan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  3. Semua peralatan bebas daripada habuk, bersih, dan kemas.

Related Articles

Related
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025

Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...

read more
Lawatan Penanda Aras EKSA

Lawatan Penanda Aras EKSA

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...

read more
UTM Open Day