Tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci Terbaik Tahun 2024.
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Pertandingan Laci Terbaik 2024 pada bulan November 2024. Pertandingan ini bertujuan untuk menyokong dan memupuk amalan EKSA, di samping meningkatkan penambahbaikan proses kerja hakiki staf, terutamanya dalam aspek penyusunan peralatan kerja yang lebih sistematik. Penyusunan ini diharapkan dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas atau memberikan perkhidmatan.
Inisiatif ini juga bertindak sebagai satu bentuk penilaian baharu, di samping audit ruang kerja staf yang dijalankan setiap dua bulan sekali. Penilaian bagi pertandingan ini telah dilakukan oleh empat orang juri yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa EKSA. Para juri sentiasa memberikan idea, pandangan, dan cadangan penambahbaikan untuk terus memperkasakan amalan EKSA di setiap sudut atau ruang di Zon Oren UTM CDex.
Kriteria Penilaian dan Pemarkahan:
1.Laci yang kreatif, inovatif, dan berfungsi dengan baik.
2.Laci yang menyokong kerja hakiki staf, contohnya:
- Penyusunan peralatan kerja secara sistematik.
- Penyusunan yang mampu mengurangkan masa melaksanakan tugas atau perkhidmatan.
- Pelabelan alat tulis pada laci simpanan alat tulis.
- Semua peralatan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Semua peralatan bebas daripada habuk, bersih, dan kemas.
Related Articles
Aktiviti Kebajikan KAPELLA Khas buat Staf UTM CDex
UTM CDexUTM CDex: Pada suku pertama tahun 2022 Kelab KAPELLA telah membuat sumbangan kepada dua staf UTM CDex yang telah diuji dengan musibah kesihatan. Justeru itu, Kelab KAPELLA UTM CDex telah mengambil inisiatif bersama mengumpul dana bagi meringankan beban pada...
STRUKTUR BAHARU AJK TERTINGGI KAPELLA 2022-2023
Pengerusi KAPELLA 2022/2023 Webmaster Berkuatkuasa 1 Januari 2022, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah bersetuju melantik ahli jawatankuasa baharu menggantikan ahli jawatankuasa penggal 2020/2021. Ahli kelab sebulat suara telah melantik...
Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021 : 5 Oktober 2021
Penerbit Rancangan UTMLead / Webmaster"Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya" merupakan tema yang dipilih untuk Hari Akademia Tahun 2021. Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penganjur Majlis Sambutan Hari Akademia...





