Pertandingan Laci Terbaik Mei 2023

Artikel oleh Mariyana Zainal

Ketua Zon Oren

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Pengerusi EKSA  Zon Oren

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Pertandingan Laci Terbaik 2023.  Pertandingan ini akan diadakan sebanyak dua kali sepanjang tahun 2023 iaitu pada bulan Mei dan Disember. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi  menyokong dan memupuk amalan EKSA serta penambahbaikan  proses kerja hakiki staf sebagai contoh dari segi penyusunan susun atur yang sistematik peralatan kerja yang boleh mengurangkan masa melakukan tugas atau perkhidmatan. Inisiatif ini adalah sebagai penilaian baharu  disamping audit ruang kerja staf yang diadakan pada setiap bulan. Penilaian bagi pertandingan ini telah dinilai oleh empat orang Juri dikalangan Ahli Jawatankuasa EKSA yang sentiasa memberi idea, pandangan serta penambahbaikan yang boleh meningkatkan lagi amalan EKSA di setiap sudut/ruang yang ada di Zon Oren UTM CDex.

 Kriteria penilaian dan pemarkahan yang diambil kira:

  1. Menyusun alat tulis dengan kemas dan teratur di dalam laci.
  2. Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  3. Memastikan semua peralatan bebas daripada debu, bersih dan kemas.
  4. Melabelkan ALAT TULIS pada laci simpanan alat tulis
  5. Mempunyai idea atau inisiatif yang kreatif dalam penyusunan alat tulis.

Tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza  binti Abd. Rahman yang telah mendapat markah tertinggi dan berjaya menjadi Juara Pertandingan Laci Terbaik bagi Bulan Mei 2023.

Related Articles

Related
GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.2/2022

GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.2/2022

(Ketua Zon)Jurugambar Rasmi Webmaster & AJK Promosi (EKSA)Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan...

read more
RUANG KERJA STAF TERBAIK ZON OREN

RUANG KERJA STAF TERBAIK ZON OREN

Ketua ZonWebmaster & JK Promosi UTM CDexJurugambar RasmiJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik setiap...

read more