Kelab KAPELLA telah menganjurkan Program Bacaan Yassin dan Doa Selamat pada 20 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini diadakan khusus untuk isteri Encik Halizan bin Hashim yang akan menjalani pembedahan. Pihak UTM CDex mendoakan semoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga serta diberikan kesembuhan kepada isteri beliau.
Program Bacaan Yassin dan Doa Selamat ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Reduan bin Md Ariff. Pihak UTM CDex merakamkan jutaan terima kasih kepada semua staf yang telah turut serta dalam menjayakan program ini. Oleh yang demikian, diharap dengan adanya majlis ini dapat memberi kebaikan dan mengeratkan hubungan silaratulrahim di antara kita.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...



