Program Bacaan Yassin dan Tahlil

Artikel oleh Pn. Jaslina Ja’apar
UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri
Pada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail dan Encik Mohd Ghaffar bin Said iaitu Almarhum Ismail bin Khamis dan Almarhum Said bin Mohamed yang telah kembali ke rahmatullah. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Program ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Reduan bin Md Ariff secara atas talian. Kehadiran staf dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Fakulti Sains telah menyemarakkan lagi program ini.
UTM CDex merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah turut serta dalam program ini.
Related Articles
Terima Kasih Puan Nuril Aini
JK EKSA (Zon Oren) Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dan Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex...
Majlis Grand Magnificent Award UTM CDex 2024
SetiausahaMajlis Grand Magnificent Award UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Majlis Grand Magnificent Award bagi tahun 2024 telah dianjurkan oleh Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) pada 6 Mac 2024 yang bertemakan Color Block. ...
Kuiz EKSA 2024
JK EKSA (Zon Oren)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Pada 6 Mac 2024, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa...


