PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman

Pembantu Tadbir (P/O)

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh En. Zul Azri A Rahman

Webmaster
Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Perkarangan Parkir UTM CDex serta sekita Kawasan Bangunan F54.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja, di samping memupuk kesedaran terhadap kebersihan persekitaran, nilai integriti serta tanggungjawab bersama dalam pemeliharaan alam sekitar. Aktiviti plogging, yang menggabungkan senaman dan kutipan sampah, telah dilaksanakan di sekitar kawasan Bangunan F54 sebagai usaha menyokong amalan kelestarian kampus.

Bagi menjayakan aktiviti senamrobik, Encik Amirul Ariff bin Zainal dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni – HEPA) telah dijemput sebagai jurulatih senamrobik. Penyertaan beliau telah menyuntik semangat dan meningkatkan penglibatan peserta sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini telah memberi impak yang positif dari segi kesihatan fizikal, kesedaran alam sekitar serta pengukuhan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UTM CDex. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai inisiatif berterusan ke arah pembentukan komuniti kampus yang sihat, lestari dan berdaya saing.

Related Articles

Related
Cenderahati Aidilfitri

Cenderahati Aidilfitri

Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah mengambil peluang menyampaikan cederahati kepada setiap ahli. Cenderahati yang berupa sebotol minyak  masak dan sebotol perisa minuman ini...

read more
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru.  Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...

read more
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren

Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...

read more
UTM Open Day