PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman

Pembantu Tadbir (P/O)

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh En. Zul Azri A Rahman

Webmaster
Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Perkarangan Parkir UTM CDex serta sekita Kawasan Bangunan F54.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja, di samping memupuk kesedaran terhadap kebersihan persekitaran, nilai integriti serta tanggungjawab bersama dalam pemeliharaan alam sekitar. Aktiviti plogging, yang menggabungkan senaman dan kutipan sampah, telah dilaksanakan di sekitar kawasan Bangunan F54 sebagai usaha menyokong amalan kelestarian kampus.

Bagi menjayakan aktiviti senamrobik, Encik Amirul Ariff bin Zainal dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni – HEPA) telah dijemput sebagai jurulatih senamrobik. Penyertaan beliau telah menyuntik semangat dan meningkatkan penglibatan peserta sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini telah memberi impak yang positif dari segi kesihatan fizikal, kesedaran alam sekitar serta pengukuhan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UTM CDex. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai inisiatif berterusan ke arah pembentukan komuniti kampus yang sihat, lestari dan berdaya saing.

Related Articles

Related
PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDex24 Mac 2022 (Khamis) – Pengerusi Penyelidikan Bersekutu (Bahan Keterhadapan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman dinobatkan Anugerah Ahli Akademik Harapan dalam Majlis Anugerah...

read more
KAPELLA ATV ADVENTURE RIDE 2022

KAPELLA ATV ADVENTURE RIDE 2022

Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterKelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti lasak ‘ATV ADVENTURE RIDE 2022’ pada 26 November 2022 bertempat di Seelong, Kulai.  Staf yang terlibat mula berkumpul di Seelong ATV Trail seawal...

read more
UTM Open Day