Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Perkarangan Parkir UTM CDex serta sekita Kawasan Bangunan F54.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja, di samping memupuk kesedaran terhadap kebersihan persekitaran, nilai integriti serta tanggungjawab bersama dalam pemeliharaan alam sekitar. Aktiviti plogging, yang menggabungkan senaman dan kutipan sampah, telah dilaksanakan di sekitar kawasan Bangunan F54 sebagai usaha menyokong amalan kelestarian kampus.
Bagi menjayakan aktiviti senamrobik, Encik Amirul Ariff bin Zainal dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni – HEPA) telah dijemput sebagai jurulatih senamrobik. Penyertaan beliau telah menyuntik semangat dan meningkatkan penglibatan peserta sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini telah memberi impak yang positif dari segi kesihatan fizikal, kesedaran alam sekitar serta pengukuhan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UTM CDex. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai inisiatif berterusan ke arah pembentukan komuniti kampus yang sihat, lestari dan berdaya saing.
Related Articles
Related
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...




