Bengkel JBL ini telah dijalankan dalam beberapa siri dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan AMD, SRAdS, UTM iLeaGue, QRiM dan UTM CC. Bengkel siri ke-2 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Hotel Pulai Spring johor Bahru dan seterusnya siri ke-3 pada 27-28 Oktober 2022.
Bengkel JBL ini telah berjaya dijalankan dengan diakhiri oleh Bengkel Kelestarian Kewangan siri 1 pada 7 November 2022 dan siri 2 pada 16 November 2022. UTM CDex akan meneruskan bengkel JBL bagi simulasi program pascasiswazah pada Januari 2023.
Pada 23 Ogos 2022, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menjalankan satu bengkel Garis Panduan Jumud, Beku, Lupus (JBL) Program Akademik UTM di UTM Flexis, UTM Johor Bahru.
Jumud, Beku, Lupus dan penawaran semula merupakan satu mekanisme yang diamalkan oleh Universiti bagi memastikan program akademik sedia ada kekal relevan dan mampu berdaya saing dan seterusnya dapat mengekalkan kelestarian program dalam tempoh yang lama untuk melahirkan graduan yang seimbang dan holistik.
Related Articles
Sesi Perkongsian “Badan kita & Tilam” : 12 Jun 2022
Pembentang Sesi PerkongsianWebmasterPada 12 Jun 2022 yang lalu, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Jun ini disampaikan oleh Puan Noor Yusnaini binti Yusoff. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini “ Badan...
Mutiara Kata – April 2022
UTM CDexWebmasterPada bulan April telah diadakan Sesi Perkongsian Mutiara Kata oleh staf UTM CDex. Tujuan diadakan sesi ini adalah bagi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada staf sebelum memulakan tugas harian. Sehubungan dengan itu, pada 11 April 2022...
JAMUAN HARI RAYA DAN BBQ KAPELLA UTM CDex 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterBagi meraikan kedatangan bulan Syawal, UTM CDex telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan BBQ UTM CDex 2022 pada 2 Jun 2022 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1443H. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran UTM CDex bermula pada jam 12.00...






