Mutiara Kata – April 2022

Artikel oleh Pn. Jaslina Ja’apar

UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster

Pada bulan April telah diadakan Sesi Perkongsian Mutiara Kata oleh staf UTM CDex. Tujuan diadakan sesi ini adalah bagi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada staf sebelum memulakan tugas harian.

Sehubungan dengan itu, pada 11 April 2022 sesi mutiara kata telah dimulakan oleh Puan Mariyana binti Zainal.
Perkongsian oleh beliau adalah Dalam kehidupan kita ini tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi dan apa sahaja persoalan ada kalanya tidak memerlukan jawapan.
Apa yang penting kita hendaklah sentiasa tanamkan sikap ikhlas, redha, bersangka baik dengan Allah dan jangan putus doa kerana Takdir Allah adalah rahsia paling indah dan perancangan Allah adalah hadiah yang paling sempurna.

Seterusnya pada 17 April 2022, Puan Jaslina binti Ja’apar pula telah berkongsi mutiara kata dimana beliau telah berkongsi mutiara kata sepertmana berikut :

Dengan satu perkataan atau pemikiran positif pada setiap pagi, bakal merubah seluruh hidup kita sepanjang hari ini untuk menjadikan diri kita ke arah yang lebih ceria, gembira dan dipermudahkan urusan kita pada hari itu.
Tetapkan matlamat kita untuk terus bangkit dan mulakan pagi kita untuk berubah ke arah lebih baik.

Program ini diteruskan pada 24 April 2022, Puan Noraini binti Khalid pula telah berkongsi mutiara kata beliau sepertimana berikut :

Related Articles

Related
Office Warming UTM CDex

Office Warming UTM CDex

Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...

read more
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more