Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman
Pembantu Tadbir, UTM CDex

Disunting oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar, UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam memastikan kepatuhan dan integriti dalam pengurusan kewangan di UTM.
Semasa PPM ini, dua juruaudit dari Jabatan Bendahari telah ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap proses kerja yang dilaksanakan bagi tahun 2024. Kehadiran mereka telah memberikan keyakinan kepada semua pihak mengenai ketelusan dan kepatuhan terhadap prosedur yang telah diamalkan.
Pemeriksaan yang telah dijalankan merangkumi skop berikut:
- Panjar Wang Runcit,
- Penerimaan (Resit & Pindahan)
- Perolehan
Dengan berakhirnya PPM Bil 1/2024, kami berharap standard pengurusan kewangan terus dipertingkatkan. Semoga PPM ini dapat memberi manfaat yang positif dan menjadi landasan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik di masa akan datang.
.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...
