PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTM CDex 2023

Artikel oleh Mariyana Zainal

Ketua Program / Setiausaha Pejabat

Disunting oleh Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

UTM CDex dibawah inisiatif High Impact Result (HIR) staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) telah mengadakan Program Saringan Kesihatan untuk semua Staf UTM CDex dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti. Program ini telah diadakan pada 1 Jun 2023 (Khamis) jam 8:30 pagi bertempat di Ruang Legar, Blok F54, Bangunan Pusat Siswazah, UTM Johor Bahru.

Objektif program saringan kesihatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesihatan staf. Saringan kesihatan ini wajar dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengesan risiko penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya

Antara Jenis Rawatan yang disediakan:

  • Blood Pressure (BP)
  • Body Mass Index (BMI)
  • Fat Analyzer
  • Glucose

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan staf Blok F54  iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Bahagian Rekrutmen & Kemasukan Mahasiswa (SRadS), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), MyLine dan Bahagian Pengurusan Akademik.  Seramai 52 orang staf telah mengambil bahagian dalam program ini.

Diharapkan program sebegini dapat memberi impak yang positif dan bermakna kepada staf.

LAPORAN SARINGAN KESIHATAN STAF UTM CDex

  • Pusat Kesihatan UTM telahpun menjalankan ujian kesihatan bagi 29 orang staf UTM CDex. Hasil daripada saringan didapati 97% staf berpenyakit dan kurang sihat. Hanya seorang staf yang dikategorikan sebagai sihat.
  • Ekoran daripada budaya duduk dan cara pemakanan, didapati 52% staff obese, 38% terlebih berat badan dan hanya 10% yang mempunyai berat badan normal. Gambaran yang lebih jelas boleh didapati dari segi keputusan peratusan lemak dalam badan. 62% high fat, 28% slightly high fat, hanya 10% normal. Paras tekanan darah staf UTM CDex juga kurang memuaska kerana 31% staf mempunyai tekanan darah tinggi, 31% pra darah tinggi dan hanya 38% normal. Di samping itu, didapati ada 2 orang yang disyaki menghidap penyakit kencing manis
  • Kesimpulannya, staf UTM CDex didapati menghidapi penyakit ekoran daripada gaya hidup sedentary/penyakit duduk. Oleh yang demikian, staf UTM CDex disaran untuk meningkatkan aktiviti senaman, mengurangkan pemakanan berkanji, bergaram dan berminyak tinggi.

Related Articles

Related
Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)

Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)

UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBengkel JBL ini telah dijalankan dalam beberapa siri dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan AMD, SRAdS, UTM iLeaGue, QRiM dan UTM CC. Bengkel siri ke-2 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Hotel Pulai Spring johor...

read more
Majlis Sesi Clock Out Persaraan Pengarah UTM CDex

Majlis Sesi Clock Out Persaraan Pengarah UTM CDex

UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexSelepas itu sesi penyerahan hadiah oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail mewakili warga UTM CDex dan diikuti oleh Pengerusi Kelab KAPELLA, Priscilla Prapagara. Turut dijalankan adalah aktivit penyerahan hadiah individu oleh...

read more
Audit Ruang Kerja Terbaik ZON OREN (Mei-Ogos 2023)

Audit Ruang Kerja Terbaik ZON OREN (Mei-Ogos 2023)

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Pengerusi EKSA Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Unit Promosi EKSA Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex) & Webmaster UTM...

read more