UTM CDex dibawah inisiatif High Impact Result (HIR) staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) telah mengadakan Program Saringan Kesihatan untuk semua Staf UTM CDex dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti. Program ini telah diadakan pada 1 Jun 2023 (Khamis) jam 8:30 pagi bertempat di Ruang Legar, Blok F54, Bangunan Pusat Siswazah, UTM Johor Bahru.
Objektif program saringan kesihatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesihatan staf. Saringan kesihatan ini wajar dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengesan risiko penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya
Antara Jenis Rawatan yang disediakan:
- Blood Pressure (BP)
- Body Mass Index (BMI)
- Fat Analyzer
- Glucose
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan staf Blok F54 iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Bahagian Rekrutmen & Kemasukan Mahasiswa (SRadS), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), MyLine dan Bahagian Pengurusan Akademik. Seramai 52 orang staf telah mengambil bahagian dalam program ini.
Diharapkan program sebegini dapat memberi impak yang positif dan bermakna kepada staf.
LAPORAN SARINGAN KESIHATAN STAF UTM CDex
- Pusat Kesihatan UTM telahpun menjalankan ujian kesihatan bagi 29 orang staf UTM CDex. Hasil daripada saringan didapati 97% staf berpenyakit dan kurang sihat. Hanya seorang staf yang dikategorikan sebagai sihat.
- Ekoran daripada budaya duduk dan cara pemakanan, didapati 52% staff obese, 38% terlebih berat badan dan hanya 10% yang mempunyai berat badan normal. Gambaran yang lebih jelas boleh didapati dari segi keputusan peratusan lemak dalam badan. 62% high fat, 28% slightly high fat, hanya 10% normal. Paras tekanan darah staf UTM CDex juga kurang memuaska kerana 31% staf mempunyai tekanan darah tinggi, 31% pra darah tinggi dan hanya 38% normal. Di samping itu, didapati ada 2 orang yang disyaki menghidap penyakit kencing manis
- Kesimpulannya, staf UTM CDex didapati menghidapi penyakit ekoran daripada gaya hidup sedentary/penyakit duduk. Oleh yang demikian, staf UTM CDex disaran untuk meningkatkan aktiviti senaman, mengurangkan pemakanan berkanji, bergaram dan berminyak tinggi.
Related Articles
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...
Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021
Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) Jurugambar Rasmi Webmaster 19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis...






