Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) anjuran bersama Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah menganjurkan kursus Research-Led Teaching: Engaging A Dynamic Learning Environment of Excellence pada 3 dan 4 September 2025 bertempat di Dewan Meranti, Kolej Rahman Putra, UTM Johor Bahru. Kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Fauziah binti Abdul Rahim dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
Peserta kursus terdiri dari staf akademik dari FABU, FKA, FKE, FC, FEST, FKM, FKT, FM dan FS iaitu seramai 47 orang peserta.
Objektif Kursus:
- Merancang pengajaran menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan penyelidikan dengan aktiviti dan pentaksiran yang berkesan.
- Berkongsi serta membuat refleksi terhadap amalan pengajaran berasaskan penyelidikan sebagai sebahagian daripada komuniti amalan.
Semoga staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat menerap, menambahbaik serta menggalakkan amalan terbaik Research-Led Teaching di UTM bagi mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih dinamik dan inovatif di kalangan pelajar.
Related Articles
Cenderahati Aidilfitri
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah mengambil peluang menyampaikan cederahati kepada setiap ahli. Cenderahati yang berupa sebotol minyak masak dan sebotol perisa minuman ini...
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...






