Riang Ria Raya UTM CDex

Artikel oleh Nizam Ahmad

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah menganjurkan Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Majlis yang dijalankan bermula jam 2 petang ini berkonsepkan ‘bertandang raya’ dan buat pertama kalinya diadakan di ruang Pejabat CMLT.

Pelbagai pengisian menarik diisi sepanjang majlis antaranya segmen kuiz dan permainan yang dikendalikan oleh Puan Nurliza binti Abd. Rahman. Majlis yang berlangsung bermula jam 2 petang ini telah dikendalikan oleh Cik Haslinda Daud selaku pengacara majlis.

Antara perkara menarik pada sambutan Riang Ria Raya UTM CDex adalah cetusan idea Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, dimana beliau mencadangkan setiap staf membawa ‘potluck’ mengikut abjad pertama nama masing-masing. Hasilnya pelbagai juadah dibawa untuk hidangan bersama dan sekaligus memeriahkan lagi suasana majlis.

Sambutan Hari Raya disambut bersama-sama warga jabatan ini bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya, tetapi ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga UTM CDex.

 

Related Articles

Related
AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...

read more
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more
UTM Open Day