Riang Ria Raya UTM CDex

Artikel oleh Nizam Ahmad

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah menganjurkan Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Majlis yang dijalankan bermula jam 2 petang ini berkonsepkan ‘bertandang raya’ dan buat pertama kalinya diadakan di ruang Pejabat CMLT.

Pelbagai pengisian menarik diisi sepanjang majlis antaranya segmen kuiz dan permainan yang dikendalikan oleh Puan Nurliza binti Abd. Rahman. Majlis yang berlangsung bermula jam 2 petang ini telah dikendalikan oleh Cik Haslinda Daud selaku pengacara majlis.

Antara perkara menarik pada sambutan Riang Ria Raya UTM CDex adalah cetusan idea Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, dimana beliau mencadangkan setiap staf membawa ‘potluck’ mengikut abjad pertama nama masing-masing. Hasilnya pelbagai juadah dibawa untuk hidangan bersama dan sekaligus memeriahkan lagi suasana majlis.

Sambutan Hari Raya disambut bersama-sama warga jabatan ini bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya, tetapi ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga UTM CDex.

 

Related Articles

Related
Kempen Kesedaran Amalan EKSA – Julai 2022

Kempen Kesedaran Amalan EKSA – Julai 2022

Urusetia Program / JK EKSA UTM CDexUrusetia Program / JK EKSA UTM CDexWebmasterJurugambar RasmiZON TEKNOLOGI ZON MULTIMEDIA ZON PEMBELAJARANPada 20 Jun 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel...

read more
Sesi Perkongsian “Badan kita & Tilam” : 12 Jun 2022

Sesi Perkongsian “Badan kita & Tilam” : 12 Jun 2022

Pembentang Sesi PerkongsianWebmasterPada 12 Jun 2022  yang lalu, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Jun ini disampaikan oleh Puan Noor Yusnaini binti Yusoff. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini “ Badan...

read more
UTM Open Day