Pengiktirafan Bulanan Untuk Ruang Kerja Paling Kondusif.
Sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan budaya kerja yang bersih, sistematik dan profesional, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, UTM CDex telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik yang dilaksanakan secara berkala setiap dua bulan.
Pertandingan ini bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, malah menjadi platform untuk menilai sejauh mana penghayatan dan pelaksanaan prinsip EKSA dalam kalangan staf UTM CDex. Inisiatif ini juga diharap dapat menyemai semangat kerjasama, kreativiti dan inovasi, khususnya dalam menyusun atur ruang kerja yang bukan sahaja kemas dan selamat, tetapi juga memberi keselesaan serta produktiviti maksimum.
Selain itu, pertandingan ini turut mendidik staf agar mengamalkan budaya kerja yang sihat dan bersih, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga di rumah dan dalam kehidupan seharian.
Kriteria Penilaian Ruang Kerja Terbaik
Antara aspek yang dinilai dalam pertandingan ini termasuk:
- Pemakaian elemen EKSA, OSHE dan Pelestarian
- Susun atur peralatan di ruang kerja
- Tahap kebersihan dan kekemasan
- Keseragaman dan konsistensi ruang kerja (bersih, kemas, tersusun dan selamat)
Proses penilaian dilaksanakan oleh juruaudit yang dilantik daripada kalangan Ahli Jawatankuasa EKSA Zon Oren, dengan kerjasama wakil Jawatankuasa OSHE dan Pelestarian UTM CDex.
Pemenang Ruang Kerja Staf Terbaik
Bulan Februari 2025
- Puan Nurliza binti Abd. Rahman
Bulan April 2025
- Puan Mariyana binti Zainal
- Cik Priscilla A/P Prapagara
Bulan Jun 2025
- Puan Jaslina binti Jaápar




Related Articles
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...
Kursus Pengurusan Kewangan Universiti
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPada 30 Julai 2025 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Kewangan Universiti bertempat di Dewan UTM CDex, UTM Johor Bahru. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah...
Lawatan Penandaarasan EKSA oleh PPPK ke UTM CDex
Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPada 18 Julai 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Lawatan ini bertujuan...