Pengiktirafan Bulanan Untuk Ruang Kerja Paling Kondusif.
Sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan budaya kerja yang bersih, sistematik dan profesional, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, UTM CDex telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik yang dilaksanakan secara berkala setiap dua bulan.
Pertandingan ini bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, malah menjadi platform untuk menilai sejauh mana penghayatan dan pelaksanaan prinsip EKSA dalam kalangan staf UTM CDex. Inisiatif ini juga diharap dapat menyemai semangat kerjasama, kreativiti dan inovasi, khususnya dalam menyusun atur ruang kerja yang bukan sahaja kemas dan selamat, tetapi juga memberi keselesaan serta produktiviti maksimum.
Selain itu, pertandingan ini turut mendidik staf agar mengamalkan budaya kerja yang sihat dan bersih, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga di rumah dan dalam kehidupan seharian.
Kriteria Penilaian Ruang Kerja Terbaik
Antara aspek yang dinilai dalam pertandingan ini termasuk:
- Pemakaian elemen EKSA, OSHE dan Pelestarian
- Susun atur peralatan di ruang kerja
- Tahap kebersihan dan kekemasan
- Keseragaman dan konsistensi ruang kerja (bersih, kemas, tersusun dan selamat)
Proses penilaian dilaksanakan oleh juruaudit yang dilantik daripada kalangan Ahli Jawatankuasa EKSA Zon Oren, dengan kerjasama wakil Jawatankuasa OSHE dan Pelestarian UTM CDex.
Pemenang Ruang Kerja Staf Terbaik
Bulan Februari 2025
- Puan Nurliza binti Abd. Rahman
Bulan April 2025
- Puan Mariyana binti Zainal
- Cik Priscilla A/P Prapagara
Bulan Jun 2025
- Puan Jaslina binti Jaápar




Related Articles
Cenderahati Aidilfitri
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah mengambil peluang menyampaikan cederahati kepada setiap ahli. Cenderahati yang berupa sebotol minyak masak dan sebotol perisa minuman ini...
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...