Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid

Pengerusi Zon Oren

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik setiap bulan bagi menilai sejauh mana pelaksanaan dan amalan EKSA dihayati oleh staf UTM CDex.  Selain dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dari segi kreativiti serta inovasi,  ianya adalah bertujuan agar staf UTM CDex dapat mengamalkan budaya kerja yang sihat dan bersih semasa bekerja di pejabat disamping boleh dipraktikkan di rumah atau di mana sahaja berada.

Kriteria penilaian dan pemarkahan yang diambilkira:

  • Elemen EKSA, OSHE dan Pelestarian.
  • Susun atur peralatan di ruang kerja.
  • Kebersihan dan kekemasan peralatan di ruang kerja.
  • Keseragaman ruang kerja (bersih, kemas, tersusun dan selamat) secara konsisten.
Audit Ruang Kerja ini dilaksanakan setiap bulan dan penilaian dilakukan oleh Juruaudit yang dilantik dikalangan Ahli Jawatankuasa ESKA Zon Oren UTM CDex dan wakil daripada Jawatankuasa OSHE dan Pelestarian.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ruang kerja staf terbaik bagi bulan Januari hingga Mac 2024.  

 

Related Articles

Related
PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDex24 Mac 2022 (Khamis) – Pengerusi Penyelidikan Bersekutu (Bahan Keterhadapan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman dinobatkan Anugerah Ahli Akademik Harapan dalam Majlis Anugerah...

read more
KAPELLA ATV ADVENTURE RIDE 2022

KAPELLA ATV ADVENTURE RIDE 2022

Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterKelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti lasak ‘ATV ADVENTURE RIDE 2022’ pada 26 November 2022 bertempat di Seelong, Kulai.  Staf yang terlibat mula berkumpul di Seelong ATV Trail seawal...

read more
UTM Open Day