Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Majlis telah berlangsung pada 7 Mei 2023 (Ahad) bermula jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar 1.00 tengah hari.
Kemeriahan Syawal yang dirai pada kali ini diserikan lagi dengan pelbagai pertandingan yang dianjurkan bagi mengisi perjalanan majlis seperti Pertandingan Anyam Ketupat, Pertandingan Makanan Raya dan Pertandingan Teka Lagu Raya. Pelbagai gerai makanan tradisional yang menghidangkan lauk Aidilfitri juga disediakan oleh warga kerja setiap bahagian di bawah JTNCAA. UTM Center for Advancement in Digital and Flexible Learning (UTM CDex) menyajikan kuih traditional iaitu kuih tepung pelita dan kuih seri muka sebagai menu untuk tetamu yang hadir.
Related Articles
Kursus Pengurusan Cuti dan Kehadiran
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Cuti dan Kehadiran. Kursus tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dan penceramahnya ialah Puan Saidatul...
Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM
UTM CDexPenolong PendaftarWebmasterUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) kini dalam usaha untuk membangunkan Teaching Factory UTM. Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM pada 17 April 2025 merupakan salah satu Langkah awal bagi memberi pendedahan dalam...
Ruang Kerja Staf Terbaik EKSA UTM CDex
Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPengiktirafan Bulanan Untuk Ruang Kerja Paling Kondusif. Sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan budaya kerja yang bersih, sistematik dan profesional, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, UTM CDex...






