Selamat Hari Lahir Staf UTM CDex

Artikel oleh Nizam Ahmad

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Meluangkan masa dan meraikan sambutan hari kelahiran atau hari jadi kepada staf merupakan satu penghargaan dan penghormatan. Menjadi salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Keluarga Kapella untuk meraikan hari kelahiran setiap staf.

Setiap tahun, Kelab Keluarga Kapella akan menyediakan hadiah tanda kenangan buat setiap staf sebagai hadiah hari lahir. Pada tahun ini, pihak ahli jawatan kuasa bersetuju untuk memberi bekas makanan elektrik kepada setiap ahli berdasarkan peruntukan yang dipersetujui dalam mesyuarat Kapella.

Penyampaian hadiah telah diadakan sewaktu Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah diiringi Pengerusi Kapella, Encik Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat kepada semua ahli.

Majlis turut diisi dengan acara memotong kek beramai-ramai dan bergambar kenang-kenangan. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua staf UTM CDex.

 

Related Articles

Related
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA

GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA

AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024.  Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...

read more
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024

PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...

read more