Pada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi sempena Hari Raya.
Pada tahun ini UTM CDex telah memilih Rumah Tropika Universiti Teknologi Malaysia sebagai lokasi pengambaran. Sesi fotografi dan rakaman video raya ini bermula pada 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Video raya yang julung kali diterbitkan oleh UTM CDex ini menampilkan barisan pelakon daripada warga kerja UTM CDex sendiri, dimana Puan Jaslina binti Ja’apar berlakon sebagai Ibu, Encik Mohd Harith Fadzillah bin Rasid sebagai Ayah, Encik Muhammad Isyq Irfan Fani bin Rajab sebagai Anak, dan watak tambahan Puan Nuril Aini binti Ahmad Tohid sebagai Jiran.
Kerjasama yang baik daripada warga kerja UTM CDex memudahkan perjalanan penggambaran dan rakaman ini. Video raya yang diberi judul Holo Raya ini telah ditayangkan di setiap media sosial UTM CDex pada 10 April 2023.
Related Articles
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...
Ikon EKSA 2023 Zon Oren
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel...






