Sesi Perkongsian Amalan Mesra Alam “GO GREEN” di Rumah (Semasa Tempoh PKP) : 12 Julai 2021

Artikel & diterbitkan oleh Zul Azri
JK Go Green UTMLead / Webmaster
Pada 12 Julai 2021 yang lalu, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Julai ini disampaikan oleh En. Zul Azri bin A Rahman. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini ialah Amalan Mesra Alam “GO GREEN” di Rumah (Semasa Tempoh PKP). Tajuk ini dipilih selaras dengan inisiatif dan kehendak Jawatankuasa Pelestarian UTMLead dan Jawatankuasa “Go Green” UTMLead dalam memperkasa Amalan Kelestarian Alam Sekitar. Sesi Pekongsian Ilmu ini merupakan aktiviti bulanan yang dianjurkan oleh UTMLead. Dalam perkongsian ini sebanyak 6 tips telah dikongsikan.

Tips #1
Tips yang pertama ialah Penjimatan Tenaga (Elektrik) di rumah kediaman. Bagi menjimatkan tenaga disarankan semua suis elektrik dipadamkan selepas tidak digunakan. Penggunaan lampu jenis LED ini dapat menjimatkan elektrik di antara 60%-80% dari biasa. Sepanjang tempoh bekerja di rumah, kita boleh tetapkan pemasa pada skrin komputer kepada mode “Sleep Mode”. Selain itu keamatan dan kecerahan cahaya pada skrin TV / Komputer juga bukan dapat menjimatkan tenaga malah dapat memanjangkan jangka hayat peranti tersebut. Selain itu kekerapan membuka peti sejuk perlu dikurangkan. Kurangkan guna pemanas air samada pancuran air untuk mandian ataupun dispenser untuk minum. Selain itu penggunaan penghawa dingin secara berkala.

Tips #2
Tips yang kedua pula ialah Amalan 3R. (Reduce) pembelian barangan yang perlu dan elakkan pembaziran. (Reuse) Guna semula barang2 lama seperti botol untuk menyimpan rempah dan (Recycle) kitar semula barangan terpakai.

Tips #3
Tips ketiga yang dikongsikan ialah Pengawalan Suhu di ruangan rumah. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Pengudaraan yang baik juga dapat menstabilkan suhu bilik. Untuk Pengetahuan, Penggunaan penghawa dingin akan menyumbang kepada pemanasan global.

Tips #4
Tips keempat pula ialah pengurusan “Household Waste”. Seeloknya belilah barangan yang tidak berbungkus dan belilah barangan yang boleh dikitar semula. Barangan elektrik & elektronik hendaklah dilupuskan dengan cari yang betul.

Tips #5
Tips kelima pula ialah Diet. Adalah digalakkan untuk mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan. Pilihan yang terbaik untuk daging, ikan atau sayur ialah yang organik. Makanan yang dimasak sendiri di rumah dapat menjimatkan wang.

Tips #6
Dan Tips yang terakhir ialah Penjimatan Penggunaan Sumber Air. Mandi dengan mengunakan pacuran air dapat menjimatkan air sebanyak 4 kali ganda bebanding menggunakan gayung. Semasa memberus gigi gunakan air dalam bekas. Jangan biarkan air paip mengalir. Isi air dalam sinki untuk cuci sayuran atau pinggan mangkuk, ini dapat menjimatkan air sebanyak 15 kali ganda.
Related Articles
RESEARCH-LED TEACHNG: ENGAGING A DYNAMIC LEARNING ENVIRONMENT OF EXCELLENCE
UTM CDexUTM CDexWebmasterPusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) anjuran bersama Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah menganjurkan kursus Research-Led Teaching: Engaging A Dynamic Learning Environment of Excellence pada 3 dan 4...
PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025
Pembantu Tadbir (P/O) Penolong Pendaftar Webmaster Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di...
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...



