Sesi Perkongsian “TIPS MINDA SIHAT : SAYANGI DIRI” : 16 Ogos 2022

Artikel oleh Nurliza Abd Rahman
UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri
Pada 16 Ogos 2022, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Ogos ini disampaikan oleh Puan Nurliza binti Abd Rahman. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini “TIPS MINDA SIHAT : SAYANGI DIRI”.
Minda yang sihat bukan lagi satu perkara yang boleh diremehkan pada zaman ini. Selalunya kita digalakkan untuk mempunyai badan yang sihat. Kini, minda yang sihat juga patut diberikan keutamaan. Justeru itu, artikel ini menyenaraikan cara membentuk minda yang sihat yang boleh diamalkan oleh anda.
Jika dilihat dari segi maknanya, minda ialah akal fikiran atau daya berfikir. Gaya hidup, rakan-rakan atau suasana persekitaran memainkan pelbagai peranan dalam membentuk akal fikiran yang sihat dan berdaya tahan.
Setiap orang pasti akan mengalami masalah dan cabaran dalam hidup mereka. Semua ini boleh menjejaskan emosi dan kesihatan mental seseorang. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, ia boleh membawa kepada perkara-perkara negatif.
Di sini, minda memainkan peranan yang penting. Bagaimana ia memproses sesuatu perkara dan peristiwa akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang. Bagi mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang diluar kewarasan dan berbahaya, adalah penting untuk memiliki minda yang sihat.
Beberapa tips atau panduan berikut boleh diamalkan untuk membantu anda membentuk minda yang sihat:
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh dilakukan oleh anda untuk membentuk minda yang sihat. Minda yang sihat boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup anda secara keseluruhannya.
Related Articles
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...
Lawatan Penanda Aras EKSA
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...



