SESI SERAHAN DUIT RAYA OLEH PENGARAH UTM CDex

Artikel oleh Nurliza Abd Rahman

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pengarah UTM CDex iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah berbesar hati untuk menyumbangkan duit raya sebagai tanda penghargaan kepada semua staf UTM CDex.

Sesi serahan duit raya telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) bertempat di Pejabat Am UTM CDex setelah selesai bacaan doa pagi.

Seramai 29 orang staf telah menerima sumbangan duit raya. Masing-masing berasa teruja dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah atas sumbangan yang diberikan.

Related Articles

Related
PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN OLEH KAPELLA

Bendahari KAPELLAPengerusi KAPELLASetiausaha KAPELLAWebmaster UTM CDex5 April 2023 (Rabu)-Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menyumbangkan hamper berupa kordial minuman dan sampul hari raya kepada 29 orang staf UTM CDex bagi meraikan kedatangan...

read more
Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi...

read more