STRUKTUR BAHARU AJK TERTINGGI KAPELLA 2022-2023

Artikel oleh Priscilla Prapagara

Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster

Berkuatkuasa 1 Januari 2022, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah bersetuju melantik ahli jawatankuasa baharu menggantikan ahli jawatankuasa penggal 2020/2021.  Ahli kelab sebulat suara telah melantik Cik Priscilla Prapagara bagi menerajui KAPELLA penggal 2022/2023 selaku Pengerusi kelab, Encik Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani bin Rajab sebagai Timbalan Pengerusi.  Puan Balqis binti Hashim telah dilantik sebagai Setiausaha kelab manakala Puan Nurliza binti Abd Rahman sebagai Bendahari dan Cik Azirah binti Ahsan sebagai Timbalan Bendahari.  Semoga KAPELLA di bawah kepimpinan teraju baru dapat terus merancang arah tujuan kelab ke arah yang lebih baik.  Jawatan penaung adalah jawatan yang dikhaskan kepada pentadbir semasa di mana telah disandang oleh Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah yang kini merupakan Pengarah Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex).

 

Related Articles

Related
PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025

PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025

Pembantu Tadbir (P/O) Penolong Pendaftar Webmaster Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di...

read more
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex

Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex

JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada  13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...

read more
UTM Open Day